13H11M UMRAH SAMBUT RAMADHAN 2019

PAKEJ 13 HARI 11 MALAM
(3 KALI UMRAH, 2 KALI JUMAAT, SOLAT TARAWIH DI 3 MASJID)

BILIK BILIK BER-4 / 5BILIK BER- 3BILIK BER- 2
HARGARM 7,698.00RM 8,298.00RM 9,098.00

PENERBANGAN TERU DARI KOTA KINABALU (ROYAL BRUNEI AIRLINE)

TARIKHDESTINASIMASA
30/04/2019KOTA KINABALU -> BANDAR SERI BEGAWAN08:40 – 09:20
BANDAR SERI BEGAWAN -> JEDDAH11:05 – 16:20
11/05/2019JEDDAH -> DUBAI17:35 – 21:35
12/05/2019DUBAI -> BANDAR SERI BEGAWAN 05:55 – 17:55
13/05/2019BANDAR SERI BEGAWAN ->
KOTA KINABALU
00:30 – 01:11

RINGKASAN JADUAL PERJALANAN MEKAH (8D7N) & MADINAH (5D4N)

TARIKHHARIAKTIVITICATATANHIDANGAN
30/04/2019
(SELASA)
HARI 1KOTA KINABALU -> JEDDAH -> MEKAHUMRAH 1D
01/05/2019
(RABU)
HARI 2MEKAH – ZIARAH DALAMB/L/D
02/05/2019
(KHAMIS)
HARI 3 MEKAH – ZIARAH LUAR UMRAH 2B/L/D
03/05/2019
(JUMAAT)
HARI 4 MEKAH – AKTIVITI BEBASJUMAATB/L/D
04/05/2019
(SABTU)
HARI 5 MEKAH – LADANG UNTA & JAARANAHUMRAH 3B/L/D
05/05/2019
(AHAD)
HARI 6 MEKAH – AKTIVITI BEBASTARAWIH 1B/L/D
06/05/2019
(ISNIN)
HARI 7 MEKAH – AKTIVITI BEBAS 1 RAMADHANB/D
07/05/2019
(SELASA)
HARI 8 MEKAH -> MADINAHTAWAF WIDAKB/D
08/05/2019
(RABU)
HARI 9MADINAH – ZIARAH DALAMB/D
09/05/2019
(KHAMIS)
HARI 10 MADINAH – ZIARAH LUARB/D
10/05/2019
(JUMAAT)
HARI 11MADINAH – AKTIVITI BEBAS JUMAATB/D
11/05/2019
(SABTU)
HARI 12 MADINAH -> JEDDAH -> DUBAIB/D
12/05/2019
(AHAD)
HARI 13DUBAI -> BANDAR SERI BEGAWANBRUNEIB/D
13/05/2019
(ISNIN)
HARI 14BANDAR SERI BEGAWAN -> KOTA KINABALU

HARI 1 – KK-JEDDAH-MEKAH (SELASA  – 30/04/2019 )

  • Semua jemaah WAJIB berada di Balai Pelepasan Jam 5 pagi.
  • Sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang, sila laporkan diri dengan wakil syarikat untuk proses daftar masuk penerbangan.
  • Solat subuh & daftar masuk
  • Sampai di Jeddah dan dibawa terus masuk ke Mekah.
  • Jemaah akan menyelesaikan ibadah Umrah apabila selesai berehat selama sejam di Hotel.

HARI 2 – MEKAH ( RABU – 01/05/2019 )

  • Acara bebas
  • Selepas makan malam, Jemaah akan di bawa Ziarah dalaman Masjidil Haram pada jam 9.00 malam.

(Jemaah dinasihatkan untuk memperbanyakkan ibadah ).

HARI 3 – MEKAH ( KHAMIS  – 02/05/2019 )

  • Selesai solat subuh dan sarapan pagi, Jemaah dikehendaki berkumpul 7.30 pagi di lobi hotel untuk ziarah pertama ke Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Jabal Nur dan Jabal Rahmah.
  • Kepada Jemaah yang berminat mengerjakan Umrah Sunat akan dibawa ke Jaaranah untuk bermiqat.

HARI 4 – MEKAH ( JUMAAT – 03/05/2019 )

  • Acara bebas
  • Solat Jumaat

HARI 5 – MEKAH  ( SABTU – 04/05/2019 )

  • Selesai  sarapan pagi,berkumpul di Lobi Hotel pada 7.30 pagi  untuk ziarah Kedua iaitu Ladang Unta dan Hudaibiyah.
  • Kepada Jemaah yang berminat mengerjakan umrah sunat akan dibawa ke Jaaranah untuk bermiqat.

HARI 6 – MEKAH  ( AHAD – 05/05/2019 )

  • Acara bebas
  • DIjangka jatuh 1 Ramadhan, solat Tarawih bermula

(Jemaah dinasihatkan untuk memperbanyakkan ibadah ).

HARI 7 – MEKAH  ( ISNIN – 06/05/2019 )

  • Sahur untuk puasa hari pertama . 
  • Acara Bebas.

HARI 8 – MEKAH – MADINAH  ( SELASA  – 07/05/2019 )

  • Jemaah akan melakukan Tawaf Wada.
  • Jemaah bersiap sedia untuk bertolak ke Madinah jam 8.00 pagi.
  • Check in Hotel di Madinah

HARI 9 – MADINAH ( RABU – 08/05/2019 )

  • Berkumpul di Lobi Hotel 7.30 pagi  untuk ziarah dalaman di Masjid Nabawi.
  • Ziarah maqam junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat Baginda / Perkuburan Baqi’ / Raudah.
  • Di sebelah petang, Jemaah boleh melakukan acara bebas.

HARI 10 – MADINAH ( KHAMIS – 09/05/2019 )

  • Berkumpul di Lobi Hotel jam 7.30 Pagi untuk Ziarah Luar ke Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud Dan Ladang Kurma.

(Jemaah Dinasihatkan Mengambil Wudhuk Di Hotel)

HARI 11 – MADINAH  ( JUMAAT- 10/05/2019 ) 

  • Acara bebas
  • Solat Jumaat

HARI 12- MADINAH – JEDDAH – DUBAI (SABTU – 11/05/2019 )

  • Berkumpul di lobi hotel pada pukul 8.00 pagi untuk bertolak ke lapangan terbang Jeddah.
  • DIjangka sampai Dubai jam 9.35 malam. (berbuka dalam kapal dan solat tarawih di Lapangan terbang Dubai)
  • Jemaah akan diberikan wang tunai untuk makan malam dan sahur
  • Berehat sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Bandar Seri Begawan.

HARI 13 – DUBAI – BANDAR SERI BEGAWAN  (AHAD -12/05/2019)

  • Daftar masuk jam 4.30 pagi untuk penerbangan seterusnya ke Bandar Seri Begawan dan dijangka sampai jam 5.55 petang
  • Jemaah akan dibawa ke untuk berbuka dan seterusnya ke Masjid untuk solat jamak dan tarawih.
  • Selepas itu transfer ke lapangan terbang dan dijangka tiba di Kota Kinabalu jam 1.10 pagi (+1day)

* Cadangan Ziarah Taif. Ada bayaran tambahan dikenakan.
* Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan.

* Mengikut Terma & Syarat